Keratocanus? Apa tu?
Assalamualaikum, hye. Long time no see, right? Well, aku sendiri pon dah berzaman nak menulis balik tapi lama juga ambil masa dan feel sebab since aku dah kerja sekarang. Banyak masa luang aku terisi dah sekarang or maybe juga sebab notebook aku rosak. So, feel menulis takde. Sabar eh, soon notebook aku siap. Insya allah. Menulis guna phone, Allah. Lain macam feel dia. Tibe 😜
So, berbalik pada tajuk entry aku. Ada sesetengah orang mungkin tahu atau mungkin ada langsung yang tak pernah dengar. Ini adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata. Atau lebih tepat lagi kanta mata.
Aku seorang yang rabun since umur 12 tahun. Setiap beberapa tahun orang yang rabun akan buat pemeriksaan mata untuk pastikan power rabun menaik or menurun. And same goes to me. Then, aku lupa tahun bila aku checked mata and orang yang check tu cakap mata aku ada masalah. It was really shocked. Macam macam yang bermain kat otak aku.
So, aku tak terus pergi. Almost 3 tahun lebih lepas tu baru aku pergi and itu my first appointment. (Actually, waktu tu pon aku rasa macam condition mata aku agak menurun) But then, aku hold for another half year sebab aku tengah study lagi waktu tu. Lepas habiskan degree, baru aku decide untuk dapat fully treatment. Perjalanan dia tak mudah 😔 Beberapa kali buat pemeriksaan, doctor syak aku kena penyakit ni. (Tapi dalam masa yang sama, allergic effected pada mata aku. So, ini penyebab aku tak boleh pakai contact lens langsung). Then, doctor suruh aku baca dulu apa itu keratocanus supaya aku faham sikit apa ke bendanya tu. Tapi oleh kerana tak semua hospital ada pakar dalam bab ni. So, doctor suggest kan aku 2 hospital.
1 hospital kerajaan, 1 lagi separa swasta. Then, aku terus pilih hospital kerajaan. So, doctor arrange kan appointment and documents semua untuk aku bawak ke sana.
Pada tarikh dan waktu yang ditetapkan aku attend appointment tu. Kalau dah nama kerajaan tu faham-fahamlah. Lamanya macam mana kan. Then, macam biasa kalau yang biasa dengan procedure kat klinik mata, kena check power apa semua dulu baru boleh jumpa doctor. Waktu jumpa for pemeriksaan, doctor baca report dari hospital first aku then dia tanya aku soalan semua. Kemudian dia check macam biasa. Tak detail pon macam first pemeriksaan kat first hospital. Then doctor decide aku just allergic. Between aku rasa lega or aku rasa macam tak puas hati.
For my next appointment dekat my first hospital aku bagi report dari second hospital. Doctor baca sambil berkerut and lagi sekali aku kena buat eye's examination. Entah apa apa bilik aku masuk, entah apa apa alat doctor guna. Then habis semua, waktu talk session nampak doctor tak puas hati kenapa doctor tu boleh cakap aku just allergic. Hmm.. So, dia suggest untuk aku pergi another hospital. Tapi kali ini, dia kata boleh balik decide dengan parents apa semua. Then, boleh call balik kalau agree.
Balik rumah, ayah paling bengang. Aku pun bengang tapi belum level ayah. Hahaha. Okey, both my parents decide untuk setuju aku pergi another hospital. Moga pilihan kedua adalah yang terbaik.
So, my third hospital is HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Kali ni aku pergi sendiri, aku malas nak susahkan mama and ayah. And aku famous pun dengan jalan pergi balik kalau naik public transport.
So, my first appointment and examination aku terus dapat result. Yes, aku memang kena penyakit ni tapi yang teruk adalah mata kanan aku. So, doctor suggest kan 1 treatment (cross linking) sebab aku tak boleh pakai contact lens. Dan treatment itu tujuannya bukan untuk menyembuhkan tetapi hanya untuk memberhentikan keadaan lens supaya tak jadi lagi teruk.
So, aku just tanya harga apa semua then balik aku discuss lagi sekali dengan parents aku. So, diorang setuju. The treatment cost around RM 600-700 untuk sebelah mata sahaja. Kalau kat hospital swasta lain makan ribuan jugalah. So, terus aku buat on the next appointment.
Based on apa yang aku baca, mata kanan aku berada dalam stage 3. So, masih boleh diselamatkan. Kalau last stage, maybe kena buat pemindahan lens mata tu. Nauzubillah, minta dijauhkan.
Sekarang, mata kiri aku banyak membantu aku melihat. Tapi bila drive aku terbatas bila hujan and waktu malam. Even aku pakai spec, hanya berapa peratus je vision mata aku boleh tangkap.
So, itu kisah aku and insya allah for my next entry aku akan cerita a bit details about what is exactly keratocanus. Thanks for read and pesanan aku please jaga mata korang. Sebab sekarang kanak-kanak pun dah start rabun.