Sahabat...

Sahabat...

Aku mula mengenali erti sebenar sahabat saat aku meniti usia di sekolah menengah berasrama. Mula dengan kosong, mengenali yang mana satu sahabat, yang mana satu lawan. Tidak mudah untuk aku menemui satu ikatan yang boleh dipanggil sahabat sehingga aku mengenali rasa sakit hati, benci menangis, dikhianati, dibenci, sayang, gembira, bahagia. Semuanya aku lalui tanpa aku sedar yang aku sudah berada di atas kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah untuk mencari sahabat yang boleh membawa aku kepada-Nya. Kami meniti sedikit demi sedikit titi kawan, sama sama memanjat bukit sahabat dan akhirnya dapat berdiri di puncak ukhuwah. Ukhuwah yang dianugerahkan oleh Allah tersangatlah indah.








Adat di dunia, sudah bertemu pasti akan berpisah. Apabila sudah meningkat ke musim seterusnya, sahabat pasti akan bertambah. Di dunia kolej aku belajar berdikari sendiri. Takut sendiri adalah perkara pertama yang aku risaukan. Meniti masa sendiri di dunia kolej umpama terkurung di kandang sepi tidak berbahasa. Ingin mengulang memori lama, tidak mungkin berlaku kerana ia tetap situasi dan masa yang berbeza. Lantas langkah pertama aku ambil, mencuba untuk membuka ruang seluas boleh bagi aku bernafas mencari peluang lain. Alhamdulillah, aku di pertemukan dengan 'kesayangan' aku sekarang. Tetapi, permulaan untuk ke puncak ukhuwah tidak akan pernah mudah kerana duri durinya pasti perit. Dengan pertolongan dan semangat pinjaman-Nya aku dapat lalui. Di ruang yang luas aku mula untuk belajar mengenal erti menjadi seorang sahabat di sisi mreka kerana mereka berbeza. Bukan orang yang sama yang aku kenal tujuh tahun dulu. Semuanya aku belajar kembali supaya puncak ukhuwah yang sudah terbina tidak akan di tarah dengan fitnah fitnah durjana pendengki.







Popular posts from this blog

Security di Rumah Sendiri...

Artis Korea vs Artis Malaysia...

Listen to Me...