2020..

 Assalamualaikum...


    Ya Allah, lama sangat tak bercerita. Malas level apa ya Miera oii. 2020 adalah tahun yang akan meninggalkan kesan yang sangat dalam untuk semua orang. Termasuk diri aku sendiri. 2021 akan menjengah dalam masa sebulan lagi. Adakah semua ni akan berakhir? Adakah kita dapat menghirup udara bersih seperti sebelumnya hadirnya 'makhluk Allah' ini? Tiada siapa yang masih ada jawaban.

    Sejujurnya aku sendiri banyak kali fade up. As a kindergarten teacher, mengajar anak-anak secara online sangatlah tough ya. Kalau orang kata, cikgu/teacher/asatizah semua goyang kaki time pandemic period ni. Lantak pi hampalah. Kami yang dok harung benda ni yang faham. 😊

        2020, ramai yang mengalami fasa kejatuhan dalam hidup. Ada yang boleh bangkit dan teruskan hidup. Ada yang jatuh dan mungkin ini kali pertama dia rasa kegagalan. So, dia tak boleh go. Maybe. Banyak yang menjadi mangsa emosi. Takyah cakap orang, aku sendiri. Kadang emosi mengatasi segalanya. Then, mulalah rasa hidup kau teruk, tak sama macam orang lain and bla bla bla.. 

       Jadi manusia ni, bukan semata-semata hidup untuk mengenang kekurangan diri. Semua orang ada difficulties sendiri. Tapi kita sebagai manusia kena sentiasa bersyukur. KIta rasa kita kurang, kita susah, kita dah level paling down. Tapi kita lupa kelebihan lain yang Tuhan beri. Sebab kita terlalu pandang sisi negative hidup sendiri. 

    Ada masanya nak rasa bersyukur tu datang, kena compare hidup diri sendiri dengan orang lain. Tapi kalau kau seorang yang sedar diri yang kau tu adalah hamba, kau takkan pernah rasa diri kau kurang. Aku pernah terbaca, kalau kau rasa diri kau down. Cuba kau cari kucing jalanan, kau berikan makanan kepada mereka. Kenapa kena buat macam tu? Untuk aku sendiri, kalau aku jumpa kucing jalanan dan ada rezeki aku bagi diorang makan. Aku harapkan dia sihat boleh teruskan hidup. Aku tak harapkan dia bagi sesuatu sebagai pulangan. 

    Sama juga bila kita hadap sesuatu, kalau kita terlalu mengharap kepada sesuatu kau akan rasa semuanya kurang. Kadang kerana kau berharap sesuatu daripada Tuhan kau sendiri dengan setiap kebaikan yang kau buat, buatkan kau rasa hidup kau tak adil dengan orang lain. Kau rasa hidup kau kurang dari orang lain.

     Guru aku pernah memberi tahu bahawa, Allah tidak pernah berhajat sedikit pun terhadap kita. Tetapi kita sebagai hamba yang berhajat kepada-Nya. Dia yang menciptakan kita. Setiap perkara kebaikan yang kita buat dalam dunia, kalau kita ikhlas kerana Allah insya allah kita akan dapat lebih dari apa yang kita bayangkan. Ikhlas? Ya ikhlas. Tapi ikhlas tu tak mudah ya. Aku sendiri kadang nak dapat keikhlasan dalam solat pun, nauzubillah. Tapi kita terus cuba, dan cuba.

    Allah uji setiap kita dalam waktu pandemic bukan nak tengok kita jatuh down. Tak, Allah nak kita jadi lagi kuat. Percaya Allah berkuasa dari apa pun. Ada masa kita akan down, tak perlu deny perkara itu. Tapi, kita boleh belajar untuk kembali berdiri semula. Ataranya dengan sentiasa bersyukur kemudian muhasabah setiap kejadian. Kadang bila kita terlalu down, kita tak nampak hikmah hidup yang Allah dah bentang kat depan mata. Ingat, tak ada sesiapa pun yang boleh ubah diri dan keadaan melainkan diri sendiri.😄

    Harap 2021 akan jadi lebih baik.Semoga yang Allah uji waktu pandemic ini akan dipermudahkan segala urusan. Teruskan senyum dan percaya korang adalah insan yang terpilih. Tak lupa juga untuk our frontliners. All of you are our heroes. ❤

    

Popular posts from this blog

Keratocanus? Apa tu?

Security di Rumah Sendiri...

Artis Korea vs Artis Malaysia...