Life

 Hye, assalamualaikum..

Kita dah masuk tahun 2021. Dah masuk pertengahan bulan januari pun. Banyak yang jadi sepanjang hari ini. Ada yang orang tak tahu and ada yang orang tahu. But, more orang tak tahu daripada tahu. Well, tak perlu nak cerita semua kat orang pun, kan? We have our own secret that we must keep away from others. Kadang tipulah, tak rasa down. Rasa macam kenapa lah Allah bagi aku ujian macam ni. Tapi bila fikir balik, apa yang kau hadap ni biasa je. Bukan seteruk mana yang kau fikirkan. Cuma kau sebagai manusia takkan pernah berhenti untuk berfikir itu ini.. 

    Bila dah sampai satu tahap, aku rasa aku dah tak mampu percaya dengan sikap manusia. Siapa pun dia, aku dah penat nak hadap kerenah manusia yang tidak pernah akan ada habisnya. Ya, selama kau hidup di atas dunia tak akan ada istilah berhenti. Kau akan terus berjumpa dengan bermacam jenis orang, kau akan berjumpa dengan pelbagai jenis perangai manusia. The best part is, orang yang kau kenal pun kau tak akan sangka dia boleh berubah. Sama ada berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya.

    Selama hidup, kau tidak akan pernah sangka apa yang akan berlaku. Betul, kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita di kedepannya. Jadi, sebab itu aku cuba belajar yang bila kita terlalu bergantung pada manusia kita akan jatuh.Kemungkinan kita akan rebah terus. Sebab kita berasa manusia adalah yang paling berkuasa sedang kita lupa Tuhan Pencipta kita.

    Suatu saat manusia akan pergi. Sampai satu masa, kau akan berdiri sendiri dalam satu ruang yang hanya ada diri kau bersama Tuhan. Saat itu, saat kau ditanya pelbagai soalan. Adakah manusia lain yang akan menjawab, adakah ada manusia lain yang akan membantu. Pastinya tidak. 

    Sungguh untuk mengajar hati ini bahawa Allah adalah segalanya dan tidak melebihi makhluk itu tak mudah. Tak, kadang aku sampai tahap satu fasa yang paling rendah, paling sakit, Aku cuba bangun, cuba cari balik dimana rasional dalam diri sendiri. Kadang bila penat, aku akan berhenti dari memikirkan orang lain. Kadang aku sendiri buat orang lain sakit dengan kata-kata  atau perbuatan aku. Kadang sedar, tapi hati menghalang. Entahlah, 

    Kadang dalam hidup ini, lebih penat dengan diri sendiri, Penat dengan kehendak diri yang tidak akan pernah habis. Hampir setiap hari kitaran itu sama. Dan akhirnya aku biarkan semuanya berlalu. Biarkan perkara tentang manusia pergi. Lambat atau cepat, aku tetap akan lalui juga. 

    Aku masih belajar mencari ketenangan diri, belajar memasakkan pada hati bahawa Allah adalah sebaik perancang, belajar untuk menambahkan kebaikan diri. Kita manusia dan semestinya seorang pendosa. Tidak lari kita dari kesalahan. Tapi jangan pernah berhenti untuk menjadi yang terbaik.

Popular posts from this blog

Security di Rumah Sendiri...

Artis Korea vs Artis Malaysia...

Listen to Me...