Me and Nature...
Assalamualaikum... Aku baru teringat... Hari tu, aku ada pergi ikut ayah ke PD (Port Dickson)... Ayah ada kerja kat sana, tapi aku, mama and adik-adik aku duduk kat bilik je... Suatu hari ni, aku teringin nak pergi pantai... Dari aku kecik lagi, ayah lebih suka bawa kami adik-beradik ke tempat-tempat yang semula jadi macam beach, waterfall, stream... So, bila dah lama tak pergi rasa keinginan tu macam tak boleh nak di halang... Di tambah dengan study, membuatkan masa aku memang full... So, di kesempatan yang ada ni, memang aku gunakan sebaiknya... Melihat ciptaan Allah memang menyeronokkan... Pagi-pagi buta lagi, orang lain mungkin tengah tidur, aku ajak ayah pergi pantai selepas solat subuh... Wah!!! Tengok matahari naik... Subhanallah, tak terkata nikmat-Nya... Di tambah dengan bunyi desiran angin and pukulan ombak, membuatkan aku teruja... Nikmat-Nya memang cukup indah... :)
Oleh kerana persisiran pantai ni nak di tambah, jadi banyak kapal-kapal pengangkut pasir singgah di sini... (Actually, aku tak tahu pun ni kapal pengangkut pasir.. :p Lepas ayah cakap, baru aku tahu... Hehe.. Thanks ayah)
My lovely sister and brother (Abang diorang lagi 2 orang tak ikut, so yang 2 orang tu memang merajuk... :) Sorry korang)
Aku memang tak boleh nak berpisah dengan nature... Bila orang tanya tempat mana nak pergi untuk holiday, mesti aku akan jawab waterfall, stream or beach... Aku tak pernah bosan, sebab salah satu cara untuk mensyukuri nikmat-Nya adalah dengan melihat alam ciptaan-Nya... :)

