Worst, Funny and Annoyed Day's

Assalamualaikum...

Wah, minggu yang memang busy gila sebab minggu final exam for sem 3... Wah!!! Penat, ngantuk jangan cerita... But, itu salah satu yang perlu kita tempuh as a student... Siapa yang status dia student, tahu apa yang aku rasa and aku maksudkan... Poyo tak poyo ayat aku kan? Macam ko sorang je yang tak tidur... Okey, oleh kerana minggu ni minggu exam dan banyak perkara yang aku kena buat... Dengan ulang kajinya, study, last week submit assignment untuk subjek statistic... So, macam stress sikitlah, kan? Jadi, bagi hilangkan or release stress tu, kitorang satu rumah pergi keluar... Aku dengan 9 orang lagi housemate aku, so maknanya 10 oranglah semuanya... Okey, plan asal kitorang ialah pergi Sungai Congkak... Memang dah plan baik punya... Aku siap fikir nak terjun kot... Yela, dah lama gila aku tak terjun sungai... So, nak lepas gianlah kiranya... Last aku masuk sungai time form 5 kot... 2 years ago...  Lama ke tak lama tu? Lamalah kan? Orang lain ada yang sebulan 3, 4 kali terjun sungai or swimming pool... Aku, nak jejak setahun sekali pun payah... My parents kerja and my brothers dok hostel so, tak banyak masa yang kitorang ada untuk lepak sesama... Mana pulak aku dengan studynya lagi... Kalau sekali berkumpul pun, setakat lepak makan sesama... >Sob, sob, sedih tetiba erk ayat aku...< #NyampahDenganDiriSendiri Jadi dah alang-alang diorang plan baik punya, memang taklah kan kalau aku tak ikut... Kang kempunan, terbawak-bawak sampai ke mimpi...

So, cerita dia pun bermula... Kami sewa MPV, malam sebelum pergi kami ada majlis kat Seremban...  Majlis mula pukul 9... Kami pun bersiap-siap sebab takut kalau pemberi sewa kereta itu datang nak hantar MPV, kami tak siap lagi...  Kami tunggu kat ground floor apartment...  Tunggu punya tunggu, dah dekat 8.30 tak sampai... Mak!!! Marah pulak hati kita... Selalunya, setengah jam dah sampai... Then, aku tanya kawan aku dia ada beritahu tak En. Sewa kereta yang kita nak pergi Seremban malam tu... Dia kata, tak... Ha, padanlah dia melenggang nak hantar MPV... Mesti dia ingat kitorang nak pergi dedekat jer... Dengan kebengangan, aku terus call dia... Habis kena sembur En. Sewa kereta tu dengan aku...  Susahlah orang yang tak pick up dalam kerja ni... Sekalipun kalau kitorang nek pergi dekat, masa yang kitorang nak guna dah terbuang macam tu jer... 15 minit later, kereta sampai... Kitorang gerak terus... Ah, lagi satu aku bengang... Dia tinggalkan minyak kereta bebetul tinggal nak sampai E... Aku bengang... Dia sajer je... Then, kitorang pun gi petrol palm... Dah sampai petrol palm pulak, tank tak boleh bukak... Gggrrr... Hei, kereta ni punlah... Tentime cenggini nak buat hal... Call En. Sewa Kereta, dia suruh patah balik... Aarrr... Bayangkan kat petrol palm tu, semua orang dah pandang kitorang... Malu tak malu jangan cerita...  Kenalah patah balik... Nasib aku tak maki dia jer time tu... 20 minit jugaklah kitorang sattlekan pasal tank minyak ni jer... Tengok jam dah 9. 20... Huh, habis jer isi minyak terus redah highway... Amek kau... Pukul 10 kitorang sampai Seremban... Sesampai, majlis dah habis... Elok je parking kereta, majlis terus bersurai... Wah!!!! Rasa macam nak terjun bangunan... Weh, aku nak tengok majlis tu.... Ya Allah, memang takde rezeki kitorang malam tu... Tapi pape pun kitorang turun dulu, solat isyak... Moga-moga perjalanan malam tu ada hikmahnya... Balik tu, kitorang terus round kat Bandar Seremban... Kira macam night trip la kan?

Then, keesokan harinya... Pagi tu aku dah tersedar... Lepas solat subuh macam nak sambung tidur tapi ingat janji dengan diorang nak gerak pergi Sg. Congkak... Tapi, tengok diorang macam tak de respon sebab semua masih lagi di alam mimpi... Ada yang dah sedar, tapi hanyut kat alam maya... So, aku pun bangunla masak nasi goreng... Siapkan bekal makanan boleh breakfast kat sana... Dalam hati memang dah berbunga riang ria tahap biskut raya... Tup, tup habis masak, kawan aku cakap mak dia tak bagi pergi sebab takut apa jadi contoh seperti kencing tikus dan yang sekutu dengannya... Jadi, demi mengikut nasihat seorang ibu kami pun mengubah tempat ke Taman reakrasi... Nak pergi tu lalu shortcut punya highway... Sampai tersesat ke KLCC... Time nak keluar dari KLCC lalu laluan bawah tanah, tetiba tak boleh nak touch kad touch and go tu.. Pergh, kawan aku ingat mesin tu rosak... So, kitorang pun change lorong... Time nak change tu lah, side MPV sebelah kiri terlanggar satu tiang or macam satu besi yang memisahkan antara lorong2 tu... Memang tak boleh ble kot... Pak cik jaga tu pun yang ada kat situ buat tak tahu... At least, tolonglah sikit, kan? Exit dr situ kitorang tengok kereta, pergh kemek sampai cermin kereta tak boleh turun... Wah!!!
First time, tp sebab orang yang drive pada asalnya dah gelabah... Takkan aku nak gelabah juga, kan? So, calm down jelah... Lagi pun, aku pernah alami benda macam ni time dengan family aku... Setakat kemek, Paling teruk pun kena RM 350... So, kitorang just continue pergi kat tempat yang kitorang nak pergi... Nak sesedih pun macam takde function... Petang tu plan nak pergi ice skating... Semangat jer lebih... Alih2 semua terbongkang sebab penat sangat...

Next day pula, kitorang plan pergi KLCC... Kali ni naik public transport jer... Lagipun dekat...  No needlah to rent a car, kan? Kitorang pergi satu rumah... But my little boo >Wani< pergi lambat sikit sebab dia ada gathering class... So, kitorang gerak dulu... Sambil kitorang tunggu dia, kitorang jenjalan tengok apa yang seronok... Then, sampai after maghrib dia tak sammpai lagi... Kitorang call, dia kata dia baru nak start makan.. Ini semua sebab seorang kawan dia yang dah janji tapi tak di tepati... Pergh!! Bukan seorang dua yang menunggu kawan Wani tu... Sampai semua orang dah lapar gila... At the end, dia tak jadi keluar dengan kitorang... Sedih... Tulah kata orang, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan... Dah takde rezeki dia nak buat macam mana, kan?   But, apa-apa pun... I had a lot of memories for that sem for me...

And now, i need to start my new semester... Wah!!! Kemasukan pelajar baru pun dah... Hopefully, this sem is batter then past...


Last-last kitorang joging kat sini...


Ramai orang yang take a picture kat sini bila malam termasuklah kami... :)


Isi perut kat Food Court KLCC...

Popular posts from this blog

Security di Rumah Sendiri...

Artis Korea vs Artis Malaysia...

Listen to Me...