1230 We Are Different



         1230 Kita memang berbeza. Tak ada satu pun yang sama antara kita. Tak ada satu pun yang serupa antara kita. Kenal dengan cara yang tak pernah orang lain fikir. Kau dikenali semua orang. Every student in our school knowing well about you. You are the best student among the best. Dan aku, orang pertama yang mempunyai 0.01 % pengetahuan pasal kau. 10 orang datang cerita perkara yang sama pasal kau dan aku yang asalnya tak nak ambil kisah siapa kau, jadi ada perasaan ingin tahu datang bertandang. Semua sebab cerita orang yang aku dengar.

            Dalam otak aku, ada 1001 soalan bertandang tentang kau. Antaranya, siapa kau? Hebat sangat kau? Sedap sangat suara kau? Hebat sangat ke kau main musical instrument? Pandai sangat ke kau? Tendangan bola kau hebat sangat ke? Dan bermacam macam lagi. Aku tahu memang tak ada hak aku nak tanya semua tu, tapi itu yang aku fikirkan waktu itu. Dan kerana itu, aku mula mengenali kau tanpa kau sedar. Dan aku sendiri tanpa sedar, mula mengetahui banyak perkara tentang kau. Tentang masa silam kau dan keluarga kau. Tapi, keadaan tu tak bertahan lama.

            Lama kelamaan kau sedar aku selalu perhatikan kau. Aku tahu kau tahu yang aku selalu perhatikan kau. Tapi, kisah pulak aku. Kalau orang lain tak berani nak sound kau atau buat kau marah. Aku takkan sesekali jadi macam orang lain yang tunduk atau dengar cakap kau tak sama sekali. Walau aku tahu, aku tak ada kekuatan yang kuat untuk buat macam tu. Walau kadang aku tak mampu nak hadap muka kau dan kadang aku lebih rela pusing satu sekolah dari hadap kau. 

               Dari hanya sekadar menjadi pemerhati, aku dah mampu balas setiap satu kata yang keluar dari mulut kau. Walau kadang aku rasa pedih dan sakitnya, tapi aku cuba hiraukan. Kalau kau rasa setiap kata kau tu mampu sakitkan hati aku, yes you are right. But, untuk mengalah depan kau, aku takkan buat sama sekali. 

                   Masa yang berlalu di penuhi dengan pergaduhan dan bahan membahan. Jeling maut kau tu, buat aku rasa nak tumbuk muka kau. Tak pun, lempang kau berkali kali. Nasib juga kau haram bagi aku. Selama hampir empat tahun, kita tak pernah cakap secara aman melainkan perli memerli. 

                    5 Kau pergi terus hilang dari mata aku. Then, anything about you is over. Tak ada satu pun network yang menghubungkan kita. Mati semua apa yang dah jadi sepanjang kita kenal. Baik hilang semua memori dan kau mungkin dah pun mengenali seseorang dan aku harap kau bahagia. Tak ada istilah kawan antara kita. Jauh sekali relationship yang lebih dari tu. Kita hanya 1230.


1230

Popular posts from this blog

Security di Rumah Sendiri...

Artis Korea vs Artis Malaysia...

Listen to Me...