SLE (Sistemik Lupus Eritematosus)
Assalamualaikum...
First, apa itu SLE? Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala). Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Selain itu, ada beberapa fakta ringkas lain tentang lain. Pertma, kaum wanita lebih mempunyai peluang sebanyak 10 kali ganda untuk menghidap penyakit SLE berbanding kaum lelaki. Kedua, rawatan SLE bergantung kepada tahap dan gejala yang dialami. Ketiga, rawatan selalunya melibat beberapa pakar dari pelbagai disiplin dan pesakit sendiri perlu positif dalam menerima penyakit ni. Senang cerita pesakit kena kuat mental, fizikal dan iman.
Aku tengok cousin aku lalui, memang tak mudah. Sokongan dari family, kawan-kawan dan orang yang sepatutnya tersangatlah penting. Mengalami perubahan yang cukup besar dari segi fizikal. Memang lain sangat muka arwah time sebelum kena dengan lepas mengalami penyakit tersebut. Secara tak langsung, mental pun memepengaruhi. Tengok dia telan ubat yang banyak, kadang tetiba sakit. Buat kami sekeluarga hanya mampu senyum diluar dan menangis di dalam.
Melihat dia mampu bertahan selama hampir tiga tahun, sudah cukup buat kami. Mungkin waktu arwah telah tiba. Itu yang terbaik buat arwah. Dari arwah terus keluar masuk ICU, dengan wayar yang sambung menyambung. Apa entah lagi doktor pakar nak cucuk.
Al Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sekian~
Dah lama juga rasanya tak menulis. Sekarang sibuk betul rasanya >Ceh, ayat nak poyo je< Anyway, taklah sibuk pun. Just terlalu banyak benda yang jadi. Lepas satu, satu. Paling latest adalah tentang perginya salah seorang dari cousin aku. Umur dia muda lagi, dalam 18 ke 19. Dia meninggal akibat penyakit SLE atau nama panjang dia Sistemik Lupus Eritematosus. First time dengar, aku tak sure sangat apa jenis penyakit ni. Tapi, aku adalah google dan aku tengok kat web Persatuan SLE Malaysia. Korang boleh rujuk web ni untuk keterangan lebih lanjut; http:http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit. Tapi, aku just nak share benda ringkas je dari pembacaan aku.